Tarian buat Muslimah..
notes : this is my elongated, elaborated,silly answer to the question I got earlier from a friend of mine "WHAT DO YOU THINK OF MUSLIM WOMEN IN VOLGOGRAD?", in consequence of Women's Day celebrated here in the oncoming 8th of March
Tarian buat Muslimah
(angelus izika, Conductive Aphasia, March 6 2008)
Kerana bila di depanmu,
mulut ini terkunci membisu,
Lalu ku biar sahaja jari ini menari,
Melirik kata dari sanubari,
Dingin sejuk desa Volgo ini,
Tanah membeku dan bayu yang mati,
Dan kalian muncul sambil bertatih
Meredup pandang mata yang selamanya pedih
Banggalah dengan hijabmu,
Kerana kau srikandi di bumi,
Banggalah dengan akhlakmu,
Kerana itulah yang paling murni,
Sinar matamu menghiasi,
Gelak tawamu menghibur,
Tabah mu menginspirasi,
Ikhlasmu tak terkubur
Ku yakin air mata bukan tandanya lemah,
Tapi erti kasihmu yang tak sudah,
Dan senyum misteri mu bukan menggoda,
Tapi tanda akhlak tidak ternoda
Kalau kasih yang kau cari,
Pastikan kau cari cinta yang hakiki,
Yang memimpin dirimu menuju Ilahi,
Yang mengharumi dirimu dengan raihan Firdausi
Dan jika teman hidup yang kau risaukan,
Serahkan semuanya pada Tuhan,
Kerana takdir-Nya tak pernah kejam,
Dan bahagia hamba-Nya, tak pernah dilupakan
Tari jari ini mungkin tak semulia,
Cuma ku doakan kalian bahagia,
Di samping Dia yang kau cintai,
Di pintu syurga yang harum mewangi...
March 9, 2008 at 8:36 AM
touching gile. i would've read it yesterday but my brain was so freaking exhausted.
thank you anyway ;)
March 11, 2008 at 12:56 AM
love the picture. the guy looks cute lol. okay i obviously need a lot more to work on as a muslimah haha.