Mari belajar berkahwin...
A one session chat from a husband will prove to be more beneficial than
attending pre-marital course offered by JAKIM
i GUESS THIS POST WILL HAVE A LOT MORE AUDIENCE THEN MY PREVIOUS SELF-INDULGING POST
Long story short, one of my best friend got married a year ago (and really I knew it only by YM, so quit asking me pics n all), and in our recent gathering, all 4 of us got to shot him with various questions that we all bachelors are curious about..
my friend is an alumni from both the widely-known Al-AMin religious School, and a former student in MRSM Jasin. SO expect a fiery and deep engraving answer from him.
For the sake of directly-quoting him, and to reach a wider audience, I will post this topic in BAHASA MELAYU.
Soalan : Apa yang dicari pada seorang wanita ??
Jawapan : Bak kata Rasulullah s.a.w (hadis la tu), pilihlah seorang wanita tu berdasarkan 4 perkara : Cantiknya, Hartanya, Keturunannya, Agamanya...tapi kalo nak selamat..pilihlah atas dasar Agamanya, nescaya bahgialah hidup kita hendaknya
Soalan : CAmne nak define "Cantik" tue?
Jawapan : "cantik" tu "bila kita pandang wajahnya..tenang je hati"...yg penting hati kita yang tenang...bukannya cantik melampau sampai org lain yang tenung dia..kang org lain tenang, kita plak gundah-gulana
Soalan : Apa pendapat ko tentang kawin tak se"kufu" expecially dari aspek harta ni. Yelah mana tau gaji bini kita lagi tinggi dari kita kan
Jawapan: Slalu orang cakap, kalo nak kawin, kita kene "kukuhkan dulu ekonomi" kita...tapi sejauh mana "ekonomi tu kukuh"???sampai ada umah? kereta? gaji beribu?
bende ni jawapannya agak kompleks sket.
Sebagai contoh, kita slalu dengar org cakap "ko ni keje x bagus, gaji sket, ko nak bagi anak bini makan apa?? pasir???"
Aku tanya orang2 ni balik la...pernah tak ko dengar org kawin pastu makan pasir??? takde kan??
Kita kene faham, bahawa yang "bagi makan anak bini kita bukannya suami, tapi Allah S.W.T". Jadi jangan risau sangat tentang situasi ekonomi kita, either pre- or post-marriage.
Macammanapun, ada certain bende yg kita kene acknowledge. The most popular theme is about "nafkah harta isteri" dan "status isteri yang bekerja".
Kita kene faham pertamanya, suami yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, dan sementelahan itu, suami tidak ada hak kepada sedikitpun harta isteri yang diperolehnya sendiri melalui kerjanya.
Tapi, dalam realiti sekarang, tidak berkongsi beban bersama dari aspek ekonomi, boleh membawa masalah dalam pembinaan rumahtangga.
Maka dari aspek ini, hendaklah bakal suami berbincanng dengan bakal isteri sebelum mengikat tali perkahwinan, biar jelas, biar clear, sama ada isteri sanggup utk berkongsi hartanya.
Isteri pula mestilah sentiasa ingat, biarpun dia tiada tanggungjawab langsung dalam menanggung beban ekonomi ini, tapi "isteri yang dapat menyenangkan hati suami itu diberkati Allah hidupnya".
Soalan : Macam mana kalo mak bapaknya tak sukakan kita?
Jawapan: Ini berkaitan keturunan. Percayalah orang tua ni, kerasnya macam kerak nasik. Kalo kita pandai pujuk, insya Allah lembut hatinya. Kita kene faham, kita nak amik anak dia yang dia dah jaga bertahun2. Jadi pastilah sumer ibu bapa agak protective. Dalam hal ini kita bukan berundur, tapi sepatunya berasimilasi.
In the end of the day, kalo anak dia senang dengan kita, cukuplah tu...kita kawin dengan anak dia..bukan dengan mak bapak dia..
Soalan : Macam mana kalo perempuan ni baik, tapi keluarganya cam pelik2 sket dari aspek akhlak? haruskah kita berkahwin dgn anaknya?? atau jauhkan diri atas dasar keturunannya??
Jawapan: lihat itu dari aspek lain. Mungkin kedatangan kita (jika akhlak kita pun baik) boleh jadi "jalan keluar" atau panduan bagi ahli keluarganya. kan bagus begitu..
Soalan : Kalo kita tak baik? camne nak dapatkan isteri yang baik?
Jawapan: Kalo x sehebat Rasullullah, manakan dapat Siti Khadijah....percayalah, Allah jodohkan yang baik itu dengan yang baik juga....jadi mulakan dengan diri kita sendiri.
In the end of the day, kalo takut tak dapat carik isteri yang baik, jumpalah mana2 ustaz dan nyatakan hasrat anda utk mendirikan masjid. Insya-Allah, dia dapat membantu...ni cam match making gak la...
Soalan : Kenduri...besar ke kecik???simple? atau pernuh beriya?
Jawapan : Dalam hal ini, kita tekankan satu phrase "RAikanlah KELUARGA"
Kita perlu ingat, ini mungkin hari paling bermakna dalam hidup mak ayah kita. Biasanya nak buat besar2 ni orang tua lah...ikut lah seboleh mana hendaknya kemahuan mereke...raikan keinginan mereka..tapi kalo kita ada "batas sendiri, jangan pula melangkaunya". Bila berlaku hal ini, jangan ditentang hasrat ibu bapa, nanti tak manis pula..eloknya carik la jalan alternatif lain
(ie, kalo mak bapak beriya nak kugiran, cadangkan kepada mereka jemput kumpulan nasyid)
ada banyak lagi info2 dan nasihat menarik yang penulis dapati hasil perbincangan dan pemerhatian terhadap sahabat penulis yang seorang ini. Tapi nak memuatkan semuanya kat sini, ada sesetengahnya agak personal la plak...
jadi cukuplah ini sebagai garis panduan kasar kepada siapa yang dah berfikir2 nak berumahtangga tu
penulis lama lagi lah~.....