2008-01-07
Bila jemari mula menari...
Madahku bukan hanya bicara sia-sia. Kerana jari ini pernah berbicara, meraut kisah yang lebih dalam dan pedih dari yang pernah kalian nukilkan.
Barangkali sejuk dingin salju di luar membuat kau enggan berbicara lanjut, sebaliknya selesa di tapak prejudis dan prasangka buruk mu sendiri..lantas kau sebarkan kalimah zalim mu dan mencangkuk satu demi satu insan sekelilingmu ke dalam jurang kegelapan, kedengkian, dan kejahilan tidak bertempat.
Kau laungkan kalimah kebenaran butamu, tanpa kau sedari ratibmu diratapi. Kau persis dengan sangkaanmu langsung butakan diri dari menelaah apa di sebalik kisah ini. Kau ketepikan adab dan budaya, hanya sahaya kau mampu jadi jaguh dalam medan bicara jahil itu.
Henti sejenak, saudaraku....
buka mindamu dan halusi nukilan jemari yang menari..
kerana manusia itu berbeza, namun destinasi kita sama. Akhirat menjadi hentian terakhir, sebelum kita melangkah ke alam berbeza. Harus jalan ke destinasi itu berbeza, dan yakinlah banyak simpang yang membuat jalan ini lebih berduri dari yang kau tahu..
Maka langkahmu terhenti pada tika detik itu menjadi beban yang tak mampu kau galasi seorang diri. Dan kau lemas dalam kepasrahan kau menempuh kezaliman sedunia. Kau pulang menghadap keluargamu, hanya untuk menghadapi kebenaran pedih kucar kacirnya tiang masjid yang pernah berdiri megah. Kau menjangkau kepada insan sekitarmu, namun yang kau garapi hanyalah pandangan simpati palsu sebelum mereka menikam dirimu rapat di tulang belikatmu sendiri..
Iman kau bergegar seketika. keyakinanmu malap, dan realiti menjadi satu jurang dasyat yang penuh dengan lurah api dan jalan berduri. Kau fikir untuk berhenti tapi ribut di belakangmu mendekati. Dan kaku seketika, kaki membatu ...kau diam membisu..
Yakinlah tapi, Tuhan itu tidak sekali-kali zalim pada hambanya. UtusanNya berakhir sudah, namun warkah utusan itu diteruskan anak watan. Kebenaran yang di luar kejahilan. Terbuka mindanya memimpin mereka yang ketandusan. Tidak segan ia bicara perkara di luar adat tandus masyarakat , dikepungi ideologi kolot. Tidak kalah ia dengan taboo masyarakat , yang selama ini menjauhi mereka yang perlukan bimbingan. Yang selama ini enggan bicara lanjut tentang keluarga dan teman, tentang emosi dan iman..
Pendekatannya berhikmah. Dan di tengah-tengah masyarakat prejudis itu, ia hulurkan tangan kepada mereka yang kalah di medan juang kehidupan sendiri. Dan bicara ia terbuka, biar hati mereka kelapangan. Biar mudah dan lantas menerima bimbingan. Biar imannya kembali utuh, biar yakinnya kembali teguh..
Ikatan ini jadi nadi kehidupan mereka. Kerana mereka mengerti lebih apa yang dikerjakan, dan ke mana arah tujuan. Disimpan kemas-kemas ia didalam kotak bicara, kerana menjadikannya rasmi bakal merosakkan ideologi ikatan ini. Jauh disorok dari gapaian masyarakat yang selama ini hanya berjaya merosakkanya, dan seperti mereka, kembali ke arah kepalsuan..
Kepada yang membaca warkah ini, tak perlu kau tahu lebih dari apa yang jemariku nukilkan. Kerana bila tiba masanya, kebenaran bakal terbuka, kerana niat murni menjadi asas, dan Islam itu sebagai aras. Kerana Tuhan itu membenci mereka yang berlebih-lebihan, dan dari titik itu, ikatan ini menuju ke arah kebenaran..
Jemari ini menari dalam kedinginan. Kerana bicara di luar sana liar, ditutupi prejudis dan prasangka. Maka biar sahaja jemari ini menukil kebenaran , menghapusi semua syak wasangka...

0 comments: to “ Bila jemari mula menari... ”
Post a Comment